berita hari nie lagi sekali memfokuskan kepada incik karpal singh yg menyatakan dier tetap nak saman DYMM Sultan Perak. Dalam kes nie, mahkamah khas tak bleh digunakan dan hanya mahkamah yang biasa saja yg boleh digunakan oleh incik karpal ini untuk memfailkan saman. tak silap aku, sultan imun drpd mahkamah2 biasa neh(again, kalo tak salah ar).. so, ape agenda disebalik adegan saman menyaman yg cuba di aturkan oleh incik karpal neh dan juga keengganan YB MB Perak meletak jawatan nie agaknyer?
1. kuasa melantik MB di tangan sultan, manakala untuk melucutkan jawatan MB hanya boleh ditentukan oleh Speaker DUN jer.. itu pun setelah YB adun2 perak mendapat majoriti undi tidak percaya terhadap MB.
2. manakala kuasa untuk melucutkan jawatan Speaker DUN juga perlu ditentukan semasa persidangan DUN.
3. jumlah kerusi BN 28 dan PR juga 28. So, macamana untuk dptkan majoriti undi tak percaya dlm dewan? ntahler..
4. 3 Adun jugak perlu tunggu keputusan mahkamah so that boleh tahu sama ada surat perletakan jawatan mereka sah atau tidak. Secara jujurnya, tidak sah kerana surat itu ditandatangani sebelum dari tarikh beliau2 itu main lompat2 walaupun surat2 itu tidak bertarikh. tapi, masih bergantung kepada keputusan mahkamah. dan seperti yang kite tahu, keputusan mahkamah memerlukan masa yang lama.
5. tak silap aku ar kan, persidangan DUN mesti diadakan setiap 6 bulan sekali ATAU DUN itu akan dibubarkan.(again, kalo tak silap ar). Mungkinkah nie laa yang ditunggu2 oleh PR??
6. sedangkan orang biasa mcm aku neh pun boleh terfikir benda2 macam ni, inikan plak incik karpal yang kita semua tahu memang arif dalam bab2 law neh.. so agaknya ape agenda tersembunyi disebalik cerita2 yang tgh hebah diperkatakan sekarang nie ek??
7. mungkin ramai dikalangan rakyat malaysia yang bimbang tentang perkembangan politik semasa di negara kita. ramai incik2 polis, incik2 fru, dan incik2 macam2 lagi yang dikerahkan. menunjukkan seolah2 negara kita tidak aman lagi.. tapi jangan bimbang, mereka2 itu cuma stand by jek in case kalau2 terjadi rusuhan.. jadi, tak usah laa bimbang sangat.
8. dan lagi, penguatkuasa2 yang bertugas itu memang bertugas untuk menghalang rusuhan, so kalau sesape yang merusuh tue, kalau kena pukul tak payah laa nak kecoh2.. korang yg cari pasal.. diorang buat kerja diorang, rezeki halal diorang. yang kamu2orang tu duduk merusuh tu yang kena pukul tuh.. takkanlaa diorang stand by untuk dipukul, dibaling batu, ditembak gas pemedih mata dari korang plak kan.. so, kalau tanak kena pukul, duduk rumah tengok je tv.. at least, kalau org lain merusuh, korang boleh duduk umah tengok video2 yg dirakamkan..lagi best wooo..
9. jadi jgnlaa mencari pasal dengan orang, then bile dah kena duduk nak kecoh2 cakap teraniaya laa..tak demokrasi laa..pilihanraya kan ada lagi?? just rilex n show them the results bout ur opinion in PRU13 nnt jek.. kan sonang? takde nak pedih mata, putih mata, mahupun juling mata..
10. Kesimpulannya, jgnlaa merusuh.. hidup ar secara aman mcm kita hidup sebelum2 nie.. dan untuk politik di perak, kite tunggu dan lihat.. BN boleh tawan semula, tapi tak semudah mana.
APA YANG PENTING? KERJAAASAAMAAAA~