Monday, February 28, 2011

cameron highlands

sudaa lame x ke sini... dan kali ini, portnye di greenhill, tanah rata.. well, service apartment.. sewa, duduk ramai2... seingat aku last aku pegi stay kat area kea farm..

dan setakat ini, rasenye situasi kat cni still same mcm dulu..tp org macam makin ramai sket laa... hee, but not bad laa tanah rata, coz ade rase mcm suasana luar negara sket compared to brinchang.. totally nampak mcm china town..

besok before turun, perancangannya nak ke stoberi farm, butterflyt farm, n ladang teh kot.. depends laa, so have to cow cin cau awal..nak tido, berehat, b4 memulakan hari yg memenatkan besok.. heee

Friday, May 7, 2010

mencari kehidupan.

pukul 3.26 am.
yup, aku still termenung. terfikir, memikir, dan berfikir. lostkah aku? mcm ni ke kehidupan yg aku nak? kalau terus camni, macamane life aku untuk lg 5 thn? 10 thn? 20 thn akan dtg? ataupun sebelum aku mati?

itulah masa depan, something that people always keeping on thinking bout it n fears to face it. sebab? kalo salah step memang sampai bile2 tetap akan silap, dan menyesal. byk jalan lain yg boleh aku pilih, byk cabang lain, dan byk jugak 'hiway-hiway'nya.

aku terus terfikir, memikir, dan berfikir. tak nak ada jalan yg aku terlepas pandang, tak nak ada kesilapan, tak nak jugak tajuk buku "the road not taken" di cop kat dahi aku.

aku? yes, mmg seorang yg ego, sombong, pentingkan diri, dan byk sifat2 negatif ade kat aku ni (tapi tak dengan semua org). maybe bila ckp tentang self confidence tu memang tip top, no 1. akulah segala-galanya. itulah aku. tapi aku still lagi takut nk face aku punye future. masih hidup dlm bayang2...antara dua perkara iaitu 'nak' dan 'taknak'.

sebab tu jugak aku teruskan terfikir, memikir, dan berfikir. aku boleh jadi seorang yg follow with the flow, yg mana memang tak payah fikir ape nak jadi kat masa depan aku. tipikal. yg mungkin pd zmn dulunye kalau melayu ni seringkali dikenali sbg kais pg mkn pg, kais ptg mkn ptg, kais mlm mkn mlm, silap2 kalo kuku tercabut tak dpt nak kais, memang tak mkn la jawapannya. ATAU, aku pon boleh jadi org yg over confidence. berlagak betul2 berani, bolot semua jalan, semua 'hiway', semua laluan pejalan kaki dan sbgainya. alasannya? "nak senang beb, zmn skang memang camni. yg penting ko kene berani jer!". mungkin ade org nak ckp self confidence aku tak tinggi la kalo asyik bergoyang mcm lalang macam ni. tp tohmahan tu aku sangkalkan dengan keegoan dan kesombongan aku. dan aku mesti menjawab, "ada aku kesah??"

dan sudah tentu, dgn segala jalan yg aku ambil, pastinya ada masalah. ada penghalang yg menghalang. ada raksasa. ada otromen. ada lionel messi. ada schumacher. ada org buta. ada si pekak. ada pinocchio. ada botak chin. ada ubat ketiak. ada durex oil. dan ada segala2nya.

dan aku terfikir, memikir, dan berfikir. bercakap tentang masa depan..bercakap tentang jalan yg harus diambil..bercakap tentang masalah.. bercakap tentang segala2nya.. itulah KEHIDUPAN. benda yg aku sedar apa yg aku buat, dengan jalan yg aku ambil. yg aku pilih. tanpa mengetahui apa akan terjadi pada masa hadapan. jalan yg penuh dengan dugaan, masalah, serta rintangannya. ya, inilah jalan aku.

penyesalan.. satu perkara yg pasti akan ada satu hari nanti. aku yakin. semua org pon ade. baik sekarang ataupun masa depan. tapi itulah kehidupan. -welcome to the world-.-that's life-

as to be frank, i dunno either this r0ad will lead me to a go0d life or vice versa. tapi aku harap, ALLAH sentiasa membantu aku untuk mengharungi jalan yg aku pilih. as 4 n0w, i admit that i'm lost. totally lost. apakah mungkin ini jalan yg betol? atau yg salah? kerna aku memilih jalan belukar, kemudian aku cuba turapkan, kemudian lagi aku cuba menghubungkan jalan2 itu antara bandar, lalu aku akan cuba bangunkan 'hiway'. sekarang aku bukanlah sesiapa, tapi percayalah bile aku dah berjaya nanti akan aku dendangkan lagu Welcome To My Life nyanyian Simple Plan. so plz...doakan aku memilih jln yg betul. doakan aku menyayangi org yg betul. doakan aku jalani kehidupan yg betul. doakan segala2nya betul. dan tolong doakan agar aku berjaya dlm hidup aku.

inilahPemkiranku.inilahKeraguanku.inilahKeyakinanku.inilahPerjalananku.inilahKEHIDUPANKU.

daripada,
aku yg sedang lost.
kamar roronoa7
4.23 am

terima kasih...

Tuesday, May 4, 2010

macam ni la hidup aku..

aku tgh takde mo0d.
aku tgh tertekan.
aku tgh serabut.
aku tgh kusut.
jadi aku bersiul.

i'm who dictate.
i'm wh0 never hesitate.
i'm wh0 full of mystery.
i'm selfish.
hell yeah, i'm who i am!

Tuesday, November 17, 2009

hidup = belajar. belajar = hidup

hidup sama dengan belajar.. belajar sama dengan hidup.. jadi buat kawan2 yang memegang prinsip "taknak ar belajar dah", anda sebenarnye seorang yang tidak layak untuk hidup.. sile membunuh diri atau buat ape saje yg akan melenyapkan diri anda dari dunia nie..

note : alangkan peminta sedekah pon belajar cara2 untuk mintak sdekah yakni buat muke kesian..betol?

Saturday, October 17, 2009

penatnye..

aku baru start keje..

then baru aku tau erti PENAT! demm!!!!

Sunday, June 28, 2009

jumaat - 26 june 2009

arinie secara rasminyer aku mendaftarkan diri sebagai salah seorang rakyat malaysia yang menganggur.. yup.. aku baru abes blaja n tgh taktau nak watpe.. dan sekarang, aku berada di pan pac klia, tgh on9 sambil main machine urut kaki..

oh, al-fatihah untuk incik mohamad jackson.. beliau tlh meninggalkan kite baru2 nie.. moga2 ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. kalo sume peminat2 dia sedekah al-fatihah, bygkan betapa ringan azab dier..

Friday, June 19, 2009

wahh!! hometown aku da up!!

aku pakei celcom broadband.. baru aku pasan.. haha... kat tmpt aku da ade high speed punyer broadband.cayalah celcom!! tak laju maut plak.. hehehe.. agak tkejut coz da lame x blk..tup tap da high speed haa... camne? jeles tak??

facing the new world, insyallah

my last paper for the final exam was on last monday (Computer Network) - if not mistaken laa kan.. yet, that doesn't mean that everything's finished.. still g0t major f**king project.. huh... presentation was yesterday, n need to submit the documentation next week though.. well.. thinking about how my life in these few weeks going on, everythings seems to be my luck.. maybe Allah gave me lots of luck.. and if i passed all these f**king thing, i'll botak my head within the end of this year.. although for some of my final exam papers i put some high expectation bout the questions but it is not, still my confidence level to pass is high.. belagak sombong betol!!

passed everything (including major f**king project) meaning that i've to start a new life next semester.. haha.. have to start working laa..quite afraid of it, but i hope everything is going to be okay... just remember.. maybe again Allah will give me some more lucks, who knows? 

ohh yeah.. thinking about luck remind me for things that happened just now after my presentation, at about 7.15pm.. Mr. Tee met me and...

mr Tee : azly, u r malaysian rite?

me : of course laa sir.. aiyoo..why?

mr Tee : ok, i'm thinking about to suggest u to create a sdn. bhd. company.

me : errr???

mr Tee : some of international students here would like to run a business.. but they can't create their own company since they're not malaysian..

me : then?

mr Tee : that's why, if u interested meet me next week..i'll explain about it.. dont worry, u will of course holds the share more than 51%.. 

me : waa...that's nice.. as long as i'm the majority, i might think about it later.. rite now plz let me finish my documentation first.. ok?

mr Tee : ok ok.dunt wori.just come n see me next week if u're interested ok?

me : ok sir! but that doesn't mean i will agree bout it.. just explain n i'll think again bout it k?

mr Tee : okay... 

then, our conversation focused on my presentation..

me : sir, how's my presentation??

mr Tee : well, _____________ (rahsia laaaa)

me : hee.... if ___________(rahsia lagi)

n bla bla bla.... the conversation is blocked n can't be showed..as i said...everything's depend on luck... everyone have their own luck..me, u, and everybody...

Tuesday, June 9, 2009

exam exam exam...

yeah... seems like this week is the examination week.. i had finished my first paper n preparing for the tomorrow's paper (database design n management).. i don't think that it is really hard, but still quite nervous to face it.. anyhow, there are 2 remaining papers for this becoming friday n next monday.. as what my fren said, LET'S F**K THE EXAM!!! but don't u accidentally F**K ur lecturers ok??

Al-Fatihah to arwah Hummy and Gally.  They died on the same day on 28th of May 2009. OH! plz don't be misunderstood, both of them are my hamsters..

Monday, May 4, 2009

arwah hammy~ 22 April 2009

sekadar ingatan jek utk arwah hammy aku.. hamster yg berusia lebey kurang 3 tahun yg meninggal pada tanggal 22 april 2009..aku balik umah dlm jam 4.30 pg tuh dier da takde.. beliau telah dikebumikan bersebelahan dengan tempat barbeque apartment aku tanpa di mandi-wajibkan

Sunday, April 19, 2009

birthday's month!!





hepi bufday to me~ hepi bufday to0o meee~ hepi buffdayyy to mmmeeeeeeeeee~ hepi bufday to me~!! hahaha..

arineh birthday aku...yup2.. da 24 tahun..tua kan? aku berada di hometown, mengambil langkah bijak... sbb kalau lepak ngan member2 aku nanti kena pedajal..sekor2 muke da macam hitler campur ngan fir'aun nak pedajal orang.. jadi boleh dikatakan aku nie cerdik ar sbb x melepak ngan diorang arineh..

hurm... bufday aku thn nie maybe jugak bufday yg last aku sbg seorang pelajar.. jadi, byk wish2 yg bermain kat kepala aku nie.. harap2 sume tercapai.. hehe.. =).

ohh yer... di kesempatan neh skali, aku luper nak wish bday kat member aku, dede @ ape tah name panjang dier.. korang leh refer pada 'karangan darjah dua' punyer blog.. bufday dier pada 17 april arituh.. dan jugak buat adik aku, tiqah..bufday dier 16 april.. hepi besday!! moga2 dpt 8A PMR tahun neh kan.. hehe..dan tak luper gak, buat sume org yg celebr8 bufday pada bln april.. hepi bufday!

kepada penulis blog 'little world', tahniah! anda menjadi org pertama wish bday smlm.. tp b4 dat, zeggie telah wish pada pukul 1 tghari di dalam ym.. tapi penyertaannya dibatalkan.. jadi, ucapan tahniah ditujukan kepada anda.. luv u alwiz!!

Sunday, April 5, 2009

tak boleh tdo...

ermmm..aku baru pindah umah baru.. kat fortune park area serdang...currently aku blaja kat cyberjaya.. n previously aku dok ngan member aku kat area kipark puchong..

ape yg aku nak cakap skang neh aku bosan n taktau nak watper.. coz mase kat kipark best giler lepak ngan member2..so skang neh tahap bosan aku dah melambung sampai bintang marikh.. jadi utk sekian kalinyer setelah berapa lame tah aku x blogging, secara x langsung mlm neh aku tlah start memblogging lagi..

ouhh... tadi aku dok maen2 ngan hamster2 aku...meluangkan mase kejap ar.. total hamster yang ade 4 ekor..but sekor telah di kuarantin sbb dier ade ketumbuhan.. punca dia dikuarantin pon sebab aritue mase awal2 dier sakit pon diorang da mcm slalu gaduh2 dah.. n aku taktau apesal, mlm neh tadi mase aku usha2 ngan si Hammy (hamster yg sakit tuh), rase mcm sedih pon ade gak.. taktau ar bpe lame lagi mase yg dier ade kan.. plus, aku ade letak wife (Hummy) dier kejap dlm cage tuh..tengok2 dier attack2 wife dier tuh..then aku asingkan balik.. si wife tuh dok dlm cage ngan anak2 dier dgn muke yg sedih gak..makin ar aku rase sedih kot..

so, kul 3 tadi aku kuar kejap beli fo0d kegemaran dier..huhu.. rase x sedap ati n sebak n kesian sume ade.. so, aku harap sempena mase yg still ade ngan si hammy neh aku leh bagi dier happy2 sket eventhough dier dikuarantin n hidup sorang2 kat dlm cage tuh..ouh, something yg aku pasan about hammy.. dier maybe dah hampir buta n tak berapa dgr disbbkn ketumbuhan dier tuh.. umur dier pon da tua.. almost 3 tahun da kot.. n jangka hayat hidup hamster jenis Roborovski neh biasenyer memang around 2-3 tahun lebih jek..

buat si hammy..ape2pon tabah ok?

Wednesday, February 11, 2009

Politik : Sejenak fikiranku ke Perak


berita hari nie lagi sekali memfokuskan kepada incik karpal singh yg menyatakan dier tetap nak saman DYMM Sultan Perak. Dalam kes nie, mahkamah khas tak bleh digunakan dan hanya mahkamah yang biasa saja yg boleh digunakan oleh incik karpal ini untuk memfailkan saman. tak silap aku, sultan imun drpd mahkamah2 biasa neh(again, kalo tak salah ar).. so, ape agenda disebalik adegan saman menyaman yg cuba di aturkan oleh incik karpal neh dan juga keengganan YB MB Perak meletak jawatan nie agaknyer?

1. kuasa melantik MB di tangan sultan, manakala untuk melucutkan jawatan MB hanya boleh ditentukan oleh Speaker DUN jer.. itu pun setelah YB adun2 perak mendapat majoriti undi tidak percaya terhadap MB.

2. manakala kuasa untuk melucutkan jawatan Speaker DUN juga perlu ditentukan semasa persidangan DUN.

3. jumlah kerusi BN 28 dan PR juga 28. So, macamana untuk dptkan majoriti undi tak percaya dlm dewan? ntahler..

4. 3 Adun jugak perlu tunggu keputusan mahkamah so that boleh tahu sama ada surat perletakan jawatan mereka sah atau tidak. Secara jujurnya, tidak sah kerana surat itu ditandatangani sebelum dari tarikh beliau2 itu main lompat2 walaupun surat2 itu tidak bertarikh. tapi, masih bergantung kepada keputusan mahkamah. dan seperti yang kite tahu, keputusan mahkamah memerlukan masa yang lama.

5. tak silap aku ar kan, persidangan DUN mesti diadakan setiap 6 bulan sekali ATAU DUN itu akan dibubarkan.(again, kalo tak silap ar). Mungkinkah nie laa yang ditunggu2 oleh PR??

6. sedangkan orang biasa mcm aku neh pun boleh terfikir benda2 macam ni, inikan plak incik karpal yang kita semua tahu memang arif dalam bab2 law neh.. so agaknya ape agenda tersembunyi disebalik cerita2 yang tgh hebah diperkatakan sekarang nie ek??

7. mungkin ramai dikalangan rakyat malaysia yang bimbang tentang perkembangan politik semasa di negara kita. ramai incik2 polis, incik2 fru, dan incik2 macam2 lagi yang dikerahkan. menunjukkan seolah2 negara kita tidak aman lagi.. tapi jangan bimbang, mereka2 itu cuma stand by jek in case kalau2 terjadi rusuhan.. jadi, tak usah laa bimbang sangat.

8. dan lagi, penguatkuasa2 yang bertugas itu memang bertugas untuk menghalang rusuhan, so kalau sesape yang merusuh tue, kalau kena pukul tak payah laa nak kecoh2.. korang yg cari pasal.. diorang buat kerja diorang, rezeki halal diorang. yang kamu2orang tu duduk merusuh tu yang kena pukul tuh.. takkanlaa diorang stand by untuk dipukul, dibaling batu, ditembak gas pemedih mata dari korang plak kan.. so, kalau tanak kena pukul, duduk rumah tengok je tv.. at least, kalau org lain merusuh, korang boleh duduk umah tengok video2 yg dirakamkan..lagi best wooo..

9. jadi jgnlaa mencari pasal dengan orang, then bile dah kena duduk nak kecoh2 cakap teraniaya laa..tak demokrasi laa..pilihanraya kan ada lagi?? just rilex n show them the results bout ur opinion in PRU13 nnt jek.. kan sonang? takde nak pedih mata, putih mata, mahupun juling mata..

10. Kesimpulannya, jgnlaa merusuh.. hidup ar secara aman mcm kita hidup sebelum2 nie.. dan untuk politik di perak, kite tunggu dan lihat.. BN boleh tawan semula, tapi tak semudah mana. APA YANG PENTING? KERJAAASAAMAAAA~

Transport @ Bandung n Jakarta..



Ok, skang neh aku nak introduce transportation yang aku suggest untuk korang2 yang nak travel around Bandung n Jakarta.. Ok, kalo korang nak yang paling jimat skali of course korang boleh pick up taxi je terus kan.. tapi untuk ke certain2 tempat, menggunakan teksi agak leceh sebenarnyer.. sebagai contoh, jika nak ke tempat2 yang jauh dan juga tempat2 yang memerlukan kita untuk spend masa beberapa jam di situ..

Jadi, instead of teksi, mari aku perkenalkan khidmat Van yang comel (seperti yang tertera di gambar).. ala2 van dekat Thailand gitew..

Menurut kata drivernya, setakat ini khidmat yang disediakan hanya di sekitar Jakarta dan Bandung.. Namun, katanya lagi, "mungkin untuk ke Yogjakarta juga bisa".. bisa2 aja deh.. ouh ya, sekiranya korang melancong 3-4 orang jek, kereta pon ada.. "bisa~~~ semuanya bisa~~", kata driver itu lagi..

harga? menurut kata driver itu lagi, "tergantung, jika mahu sewa sama gasnya(petrol) atau tidak".. maksudnya, kalo korang sewa just van n driver jek, minyak untuk semua perjalanan di tanggung oleh korang.. tapi kalo skali ngan minyak, sewa dia mahal sket ar kot..

jadi, aku tulis sket detail pasal transport neh:

Jenis : Isuzu ala2 Thailand gitew

Muatan : 5-10 orang

Sewa : Bergantung sama ada korang nak sewa van saja atau sekali dgn minyak..
harganya mungkin bermula dengan Rp. 500,000 jek..(tapi kalo nak detail lagi kena deal dulu)

Lokasi yang ditawarkan : Sekitar Jakarta, Bandung.. Yogjakarta boleh runding

Masa Perkhidmatan : Seawal jam 7.00 pagi - 8.00 malam ++..(diorang slalunyer dinner around 6.00-8.00 malam. So, kalo nak extra time, pandai2 korang bincang ngan driver nanti..misal contoh nak berjalan2 time2 malam ke, pusing2 town pandai2 ar bincang ngan dier nanti)

Tempoh booking : At least seminggu sebelum bertolak

ok, sesape yg berminat bleh ar roger2 aku nanti k..

p/s: dalam tempoh waktu driver bekerja, korang bleh buat driver neh macam machai jek.. suruh jek dia bawak ke mane2.. dier komen sikit jek, ko sumbat kaki dalam mulut dier ok?

Tuesday, February 10, 2009

katak : kurus vs gemok



sila nikmati video ini.. haha..
kelakar gile..

Monday, February 9, 2009

aku tak POWER, karpal singh tu lagi POWER



huh..skali pandang muke dier rase nak tumbuk laju2 pon ade..tapi ape kan daye, aku tak cukup power..yelah, ke'power'an seseorang tuh kite sendiri bleh nampak dari tingkah-laku dan kata2nya..

dan di sini, aku nak perkenalkan (walaupun ramai da tau), Karpal Singh, jagoan yang power gile! masakan tidak, dengan muke selamber dier announce nak saman sultan perak? wahh!! sumpah best gile kalo dapat saman sultan.. aku rase peminta sedekah tepi jalan pon tak penah terfikir nak buat camtue kan..

maybe ade yg nak cakap, banyak benda aku tak paham pasal politik neh..tapi agak2 ar weh, kalo dah nak saman sultan, dimana lagi kuasanya sultan2 kite ye x? walhal sume sedia maklum sultan tuh simbolik kepada melayu kite.. dari zaman tok adam lagi kewujudan dan kekuasaan sultan memang diakui oleh semua org2 melayu.. mungkin aku silap utk cakap macam neh, tapi apakan daya, aku tak power..

oh ya, dan untuk KAMU2 rakyat malaysia yang mana bukan melayu dan masih susah nak terima adanya kewujudan sultan di malaysia neh, harap2 sedar diri ar eh.. terutamanya kamu karpal singh, akui kewujudan sultan tuh dan akur dengan titahnya.. meski tuanku itu bukan tuhan, namun tuanku adalah lambang kekuasaan.. bukan niat aku nak menghalau, namun jika sudah berpuluh2 tahun sekalipun kamu mendiami bumi malaysia, tanah melayu, dan kamu masih lagi tidak memperakui kekuasaan sultan2, dah boleh2 dah kamu2 sekalian berusaha untuk pindah ke negara yg tak punya sistem kesultanan..contoh? singapore.. HAAA!! KO SAMAN AR PRESIDEN DIER PUAS2 KALO NAK SAMAN SANGAT... ko kan POWER! nak lagi best, try usha Vietnam or China.. lagi best! ko saman, dia tembak.. ko tembak, dier pon tembak gak.. haha.. ko kan POWER!!

untuk KAMU2 Melayu, ingat ar pepatah "melayu mudah lupa".. dan kamu2 sume jgn ar sekali2 lupe akan kuasa sultan2.. mungkin segelintir akan berpendapat, "lantak dier ar dier nak saman sultan, dia kan POWER!", tapi ingat ar.. dengan adanya kuasa sultan ar negara kite akan terus aman.. biar di pimpin oleh bukan melayu sekalipon(tak mustahil ini boleh terjadi jika kamu lalai), kuasa sultanlah yang akan membela kita kelak.. jadi, kite seharusnya patuh pada sultan/raja kita.. aku cume mengingatkan..sebabnya? aku tak power, karpal singh tu lagi power!

Wednesday, January 28, 2009

Friday, January 9, 2009

Pilihan buat si comel~ ;p (update)







Fakta2 gothic : Tokoh2 Politik Kite...


Anwar Ibrahim versi Indon

Shahrizat versi indon??

hehe...skali pandang tokoh2 politik diorang neh mmg ade gaye tokoh2 politik kat tmpt kite kan.. hehe~

neway, gambar2 neh ditangkap mase aku tgh ronda2 n accidentally ternampak muke2 diorang...sebenarnyer TAKDER KAITAN SAMA ADA DGN YG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA...